London – Adele adalah seorang penyanyi yang mempunyai pendapatan berjuta-juta dolar namun hakikatnya diamenjalani kehidupan biasa tanpa kemewahan berlebihan.
Walaupun mendapat 106 anugerah, sembilan anugerah Grammy, Golden Globe dan Oscar, namun Adele tetap merendahkan diri.
Tahun lepas, Adele memperolehi pendapatan £41,000 sehari namun wang berkenaan dibelanjakan untuk membeli hartanah.
Dia membeli sebuah rumah agam berharga £7million di West Sussex dan sebuah rumah bernilai £800,000 di Notting Hill.
Minggu lepas, ibu muda berusia 24 tahun itu menolak jemputan ke majlis Pra Oscar anjuran Elton John yang mana menunya disediakan oleh Chef Goldon Ramsey.
Adele juga menolak jemputan pasangan Chris Martin dan Gwyneth Paltrow untuk keluar bersama dan enggan menyertai parti anjuran Kim Kardashian dan Rihanna.
Ini kerana Adele lebih suka duduk di rumah sambil makan spaghetti daripada menghadiri majlis keramaian tersebut.
Adele juga sebenarnya lebih suka meluangkan masa bersama teman lelakinya, Simon Konecki dan anak mereka yang berusia empat bulan, Angelo.
Salah seorang ibu saudaranya, Anita Adkins memberitahu, jika Adele berada di rumah, dia masih perlu menyediakan hidangan teh kepada anggota keluarganya yang lain.
“Adele membesar dalam sebuah flat yang sesak dengan anggota keluarganya yang lain dan dia tidak mendapat layanan yang berbeza. Semuanya sama sahaja,” kata Anita.
Adele dilahirkan di Tottenham, north London dan dibesarkan oleh ibunya, selepas ibubapanya bercerai ketika dia berusia dua tahun.
Jelas Anita, sejak itu, Adele tinggal di flat berhampiran keluarga ibunya.
“Kami tinggal di flat yang sama malah lapan sepupunya menetap di sini dan sering mengunjungi rumah masing-masing,” katanya.
No comments
Post a Comment