Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gambar-gambar dari tempat berhampiran lokasi serangan di Lahad Datu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

LAHAD DATU 5 Mac - Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:

SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA

ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA


SEBUAH helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA


ANGGOTA polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini. - BERNAMA


KENDERAAN anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo. - BERNAMA


SEORANG kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buah ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini. - BERNAMA


SEKATAN jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi. - BERNAMA



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments