Empat orang dipenjara kerana menggali mayat untuk dijual sebagai pengantin dalam ‘perkahwinan hantu,’ majlis yang menyaksikan lelaki bujang yang sudah mati dikebumikan bersama seorang ‘isteri.’
Perkahwinan adalah bahagian penting dalam masyarakat China. Meskipun amalan seumpama itu kini semakin jarang, ia masih dilakukan beberapa keluarga yang anak lelaki mereka mati muda sebelum sempat berkahwin.
Biasanya, persetujuan dicapai antara keluarga si mati. Bagaimanapun, akhbar Xian Evening News berkata, kumpulan itu mencuri mayat wanita dan membersihkan mereka sebelum menjual dengan harga tinggi.
Sebuah mahkamah di utara Shaanxi menjatuhkan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan.Menurut hakim, pencuri terbabit mengambil kesempatan terhadap amalan yang sudah lapuk, tetapi masih diamalkan sebahagian penduduk Shaanxi dan Shanxi.[metro]
No comments
Post a Comment