Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu pencerobohan ke atas Sabah, yang digerakkan oleh sekumpulan warga Filipina.
“Ini perutusan saya kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk memulakan perbincangan,” kata Misuari kepada pemberita pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-71 beliau, semalam.
Dipetik Rappler.com dan Star Online, Misuari berkata, beliau juga secara peribadi bersedia ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan krisis semasa yang bermula awal bulan lalu susulan tindakan pengikut Sultan Sulu yang kini berkubu di Lahad Datu.
Katanya, Malaysia belum memberi respons ke atas tawaran beliau.
Cukuplah Misuari. Kami cukup kenal siapa kamu.
Misuari memang diketahui sangat kecewa dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan MILF yang mewakili Bangsamoro kerana terasa dia diketepikan.
Dia menuduh perjanjian tersebut sebagai satu konspirasi antara kerajaan Malaysia, Filipina dan MILF untuk mengetepikan MNLF yang beliau ketuai.
Dendam Misuari kepada kerajaan Malaysia memang mendalam khususnya sejak era pentadbiran Tun Mahathir yang menangkap dan seterusnya menyerahkan kembali beliau kepada Filipina pada 2001 selepas beliau cuba melarikan diri dari buruan tentera Filipina.
Pada satu perjumpaan dengan pengikutx MNLF di Davao bulan November lalu, beliau secara terbuka menyatakan bahawa sebagai penasihat utama ‘Sultan’, beliau akan berbuat apa sahaja untuk membantu usaha Jamalul Kiram (salah seorang dari kira-kira 10 orang yang mendakwa dirinya ‘Sultan’ Sulu) untuk mendapatkan kembali Sabah.
Sumber-sumber dari Angkatan Tentera Filipina juga ada menyebut bahawa kumpulan bersenjata tersebut datang ke Sabah atas jemputan ahli politik pembangkang dari Malaysia yang menjanjikan mereka pemberian tanah.
Terkini Nur Misuri juga dilaporkan sebagai berkata :
“This should be handled by cooler heads…that it would also be good to await the Malaysian general election to see who will be the new Prime Minister… ”
Apa yang Nur Misuari maksudkan? Siapakan yang akan mengaut keuntungan politik sekiranya kerajaan gagal mengendalikan situasi ini dengan baik? Sekiranya pihak yang beruntung tersebut menang pilihanraya, apakah yang akan jadi pada kepentingan dan keselamatan rakyat Sabah?
Sebagaimana biasa, beliau menafikan beliau membuat sebarang tawaran kepada kumpulan bersenjata tersebut.
Dan semalam, dia dengan bangganya mengumumkan untuk menghantar…hanya CUCU SAUDARA untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis ini.
Maaf Misuari, kami bukan sebangsat kamu yang melempar batu tetapi sembunyikan tangan.
Kami bukan macam kamu yang berlindung di balik lalang sehelai.
Kami bukan macam kamu yang bagaikan gunting dalam lipatan.
Tak perlu hantar cucu, waima diri kamu sendiri pun kerana ia tidak bermakna lagi.
Hutang darah, akan dibayar dengan darah…itu sumpah kami!
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment