NAMPAKNYA kediaman agam milik David dan Victoria Beckham sekeluarga, Beckingham Palace tidak akan diwarisi oleh anak-anaknya apabila mereka dilaporkan akan menjualnya dengan harga RM61 juta.
‘Istana’ di Hertfordshire itu akan dijual bersama dengan beberapa lagi kereta mewah mereka bagi mencapai hasrat untuk membeli sebuah kediaman agam baru bernilai lebih RM229 juta di tengah kota London.
Menurut laporan akhbar tabloid Sun On Sunday, keputusan itu merupakan ‘permulaan era baru’ bagi keluarga Beckham.
“David sangat sedih untuk menjual kediaman keluarganya itu kerana terdapat begitu banyak memori di rumah itu. Mereka menjalani tahun-tahun yang cukup menggembirakan di situ, tapi kini tiada sebab untuk tidak menjualnya,” ujar sumber.
Tiga anak mereka, Brooklyn, 14, Romeo, 11, dan Cruz, lapan, tinggal selama beberapa tahun di rumah itu sebelum berpindah ke Sepanyol dan Los Angeles kerana karier bola sepak ayah mereka.
Pasangan Beckham membeli estet seluas 12 ekar itu hanya tiga bulan selepas perkahwinan mereka dengan harga RM12.7 juta pada tahun 1999 sebelum harganya mula naik berganda selepas itu.
No comments
Post a Comment