Karachi – Wilayah Sindh di selatan
Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online
termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat
keganasan.
“Kami kesal kerana ini memberi masalah
kepada pengguna tetapi terpaksa mengharamkannya selama tiga bulan,” kata
Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon.
Katanya, tindakan menyekat penggunaan Skype, WhatsApp, Tango dan Viber adalah disebabkan sebab keselamatan.
Seorang pegawai polis berkata, aplikasi online itu sering digunakan oleh pengganas dan penjenayah.
Agensi keselamatan baru-baru ini
melancarkan operasi besar-besaran selepas berlaku beberapa pembunuhan
dan peras ugut di Karachi.
Pegawai tempatan berkata, kerajaan
wilayah akan memohon Pihak Berkuasa Telekomunikasi (PTA) menyekat
rangkaian di Sindh selama tiga bulan. – AGENSI
No comments
Post a Comment