Pelakon kecil molek Elfira Loy menafikan
dirinya berlagak baik dihadapan peminatnya sebalikya dia hanya menjadi
dirinya yang sebenar di hadapan meraka.
Isu ini dikatakan bermula apabila Elfira dikatakan semakin seksi dalam imej serta pemakaiannya.
Mengulas mengenai perkara itu, melalui
portal Gua, Elfira menjelaskan, “saya tak tahu nak komen apa sebab saya
tak seperti yang diperkatakan mereka. Kalau nak cakap saya seksi,
diikutkan dari awal kemunculan saya dalam industri lagi, saya dah memang
berpakaian sebegini. Mungkin mereka mula bercakap sebab sekarang dah
ada Instagram dan lebih mudah mereka nak tengok gambar saya”.
Enggan memanjangkan isu tersebut, Elfira
mengambil pendekatan hanya menjadi dirinya sendiri tanpa perlu bersikap
hipokrit terhadap peminatnya.
Menyentuh mengenai perkembangan seninya,
Elfira akan menggembara ke negara Filipina dan Thailand untuk sebuah
program travelogue yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Selain itu, figura manis ini juga menjelaskan dia kini tidak lagi bergelar Wajah Eksklusif Astro sejak Disember lalu.
Kini, Elfira bergerak sendiri menguruskan kerjaya di kala usianya kini mencecah 20 tahun.
No comments
Post a Comment