Selebriti wanita yang juga pengacara
rancangan E! news Asia, Marion Rose Caunter tetap kelihatan menawan dan
bergaya biarpun kini sedang hamil anak kedua.
Bagi yang mengikuti laman Instagram
pengacara cantik ini pasti anda kagum dengan dirinya yang tidak
menjadikan kehamilan sebagai satu halangan untuknya sentiasa tampil
cantik dan bergaya.
Selain itu pemilik salun rambut,
Myhairplay ini turut gemar berkongsi fesyen rambut yang sentiasa
digayakan mengikut majlis keraian yang dihadirinya.
Untuk makluman, Marion dan suaminya, SM
Nasaruddin diijabkabulkan pada 16 Disember 2010 dan anak pertama mereka,
Leia Rose dilahirkan pada tanggal 16 Disember 2011.
No comments
Post a Comment