Rio: Justin Bieber mungkin semakin menyesal memiliki begitu banyak tatu di badannya.
Hujung minggu lalu, tatu pada lengan penyanyi berusia 19 tahun itu yang membolehkannya dikenal pasti ketika cuba menyelinap keluar dalam bungkusan selimut dari rumah pelacuran di Brazil. Kini video ‘selfie’ peminat wanitanya yang berparti dengan bintang remaja berkenaan pula tersebar di Internet.
Video yang dirakamkan wanita Brazil dikenali sebagai Tati Neves berkenaan menunjukkan Bieber sedang tidur nyenyak dengan topi besbol kegemarannya di sisi manakala pakaian dan telefon bimbit memenuhi ruang tidurnya. Dalam video berkenaan, wanita terbabit merakamkan Bieber sedang tidur nyenyak serta dirinya sendiri sebelum akhirnya membuat aksi seolah-olah mencium penyanyi popular itu dari jauh sambil tersenyum kegirangan.
Wakil Bieber enggan mengulas. Sumber bagaimanapun mengakui ada sekumpulan lelaki dan wanita berparti di rumah itu, namun menafikan ada pelacur dalam kalangan mereka.
Bieber dikatakan menjemput beberapa gadis pulang ke rumah agamnya untuk berparti, hujung minggu lalu.
Semua tetamunya menandatangani kontrak melarang mereka daripada bercerita mengenai parti itu atau mengambil gambar, malah telefon bimbit turut dirampas. - Agensi
No comments
Post a Comment