Nairobi: Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual
semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda
berusia 28 tahun.
Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.
Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas
kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe
tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun
selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing
yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh
pegawai pendakwa kes.
Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.
Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak
Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat
itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva
kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. -
Agensi
No comments
Post a Comment