PETALING JAYA:
Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu
menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman
pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk
sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara
begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di
mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya
seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap
Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan
pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan
Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah)
daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu
gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus
sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn
Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3,
bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan
meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara
berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu
Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak
menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman
berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media
tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung
kekalahannya di mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
1 comment
5sen pun duit malaysia juga... masuk jer ke bank habis cerita
Post a Comment