Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sharifah Sakinah Tayang Kekasih Baru..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Selepas hubungan cintanya Ahmad Albab iaitu anak kepada pengarah Eirma Fatim berakhir beberapa lalu, belum ada berita mengkhabarkan pelakon Sharifah Sakinah bertemu pengganti.

Sehinggalah malam tadi sewaktu majlis malam gala tayangan filem terbaru lakonannya, Ular, bertempat di e@Curve, adik kepada pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah itu tidak datang keseorangan. Apa yag jelas, dia hadir bersama seorang jejaka yang tidak kurang segaknya.

Lantas pihak media terus bertanyakan pada tuan empunya badan, siapakah gerangan jejaka tersebut? Adakah kekasih baru Sakinah?

“Bukan. Dia tu trainer gym saya, Murad namanya. Tapi sebenarnya dia trainer kak Lin (Sharifah Haslinda). Memang dia selalu temankan saya. Kalau dia tak ada kelas, memang 24 jam dia dengan saya. Dia tu anak angkat mak saya sebenarnya. Dia nak jadi pelakon sebenarnya, jadi itu yang saya bawa dia malam ni untuk dia lihat sendiri bagaimana kerja pelakon.

“Sekarang ni saya dalam proses nak kuruskan badan. Dalam masa 6 bulan ni saya dah turun 12kg. Macam hari ni (malam tadi) saya bawa Murad ke sini, jadi makanan macam nasi goreng dan kueh teow goreng yang ada hari ni, semua tu saya tak boleh makan. Dia tak bagi. Kalau dia tak ada, memang saya dah makan dah”, katanya kepada pihak media sekaligus memberitahu buat masa ini dia masih lagi solo.

‘Ular’ Yang Pertama

Sementara itu berkongsi mengenai filem Ular, Sakinah berkata filem arahan Jason Chong itu merupakan filem sulung lakonannya. Walaupun watak yang dibawakan ringan tapi sebagai orang yang baru nak berjinak-jinak di layar perak, Sakinah berasa bertuah dan bangga dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Yusry juga produksi yang sangat komited.

Disebabkan dia sudah biasa berlakon sejak dari kecil, jadi dia tida berasa kekok untuk berlakon di laya lebar. Mengimbas saat kira-kira dua tahun lalu, dia seronok sepanjang menjalani penggambaran Ular.

“Ni filem sulung saya. Penggambaran masa tahun 2011, masa tu umur saya 21 tahun. Lebih kurang 3 minggu kami berada di Pulau Tioman untuk penggambaran.

“Watak saya ringan saja iaitu sebagai seorang gadis yang gedik bernama Lin. Dia kawan baik kepada Amy (lakonan Zarina Anjoulie). Saya seronok sepanjang penggambaran. Sepatutnya ada babak saya bersama ular sebenar, tapi pihak produksi tak buat sebab risikonya besar.

“Sepanjang kat pulau tu, nak diikutkan memang tak selesa sebab banyak nyamuk dan lepas tu kena shoot dalam hutan. Tapi saya okay saja”, katanya.

Ular arahan pengarah Jason Chong, bakal ditayangkan di pawagam pada 5 Disember ini. – Malaysian Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments