Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » ANGEL FLIGHTS : Laluan Keretapi Terpendek Di Dunia (15 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Keretapi kabel Bukit Bendera sangat sinonim dengan Pulau Pinang. Adalah tidak lenglap lawatan anda ke pulau mutiara sekiranya anda tidak menaiki kerana kabel Bukit Bendera. Tahukah anda keretapi kabel seperti di Bukit Bendera sudah wujud sejak 1515 di Salzburg Austria. Sejak dari itu terdapat banyak sistem keretapi kabel ini digunakan seluruh dunia. Hari ini mari kita lihat keretapi kabelAngel Flights di Los Angeles yang diiktiraf sebagai laluan keretapi terpendek di dunia. Ia menyambungkan Hill Street dan California Plaza. Laluan ini mempunyai dua buah tram dan hanya sepanjang 91 meter. Ini adalah sangat pendek jika dibandingkan dengan laluan Bukit Bendera sepanjang 2007 meter. Angel Flights dibina pada tahun1901 dan berfungsi denga hanya satu kemalangan maut sehingga 1969. 

Perkhidmatan dihentikan kerana kawasan persekitaran stesen dibangunkan semula. Pada tahun 1996Angel Flight dipasang semula di kawasan berdekatan dan pada tahun 2001 ianya dihentikan sekali lagi apabila berlaku kemalangan maut mengakibatkan 1 kematian. Kemalangan berlaku apabila tram keretapi menggelunsur kebelakang akibat masalah brek. Sementara menunggu laporan keselamatan diumumkan Angel Flight ditutup sehingga 2010. Angel Flight kini kembali beroperasi dan diisyitiharkan sebagai warisan negeri California. Jika anda mahu menaiki laluan keretapi terpendek dunia silalah ke California. Harga tiket hanya 50 sen sehala. 


Laporan asal Wikipedia

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments