Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



WUHAN - Dengan sesi persekolahan yang baru bermula, sebuah sekolah rendah di sini mencipta cara baru mengatasi masalah Myopia (rabun jauh) yang dihadapi pelajarnya.

Pihak sekolah meletakkan rel penghadang pada setiap meja yang digunakan di dalam kelas.

Pengetua sekolah berkenaan memperkenalkan sistem meja dan kerusi yang tidak masuk akal itu untuk membetulkan tabiat pengelihatan pelajar sekolah berkenaan seperti membaca dan menulis. 

Menurut kajian, dianggarkan sekitar 80% orang penduduk Asia rabun jauh berbanding hanya 30% di barat.

Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan kaitan faktor persekitaran yang menyumbang kepada masalah rabun jauh tetapi penyelidik masih mengkasi hubungkaitnya dengan faktor genetik. - AGENSI


Demi sayangkan cucu, seorang datuk dikenali dengan nama Guo di daerah Henan, China membina sebuah kereta elektrik khas untuk menghantar cucunya ke sekolah.

Kereta yang kelihatan ala ‘Lamborghini’ dan dihasilkan dengan modal 500 Yuan (RM2700) itu nyata menarik perhatian ramai orang setiap kali dipandu di jalanraya
Berukuran kira-kira 2 meter panjang dan 1 meter lebar, kereta ini dilengkapi hampir kesemua aksesori kereta normal termasuk cermin belakang dan sisi serta stereo.



Untuk menonjolkan karakter ‘sport’ pintu kereta ini dibina untuk dibuka secara menegak manakala badannya diperbuat daripada besi yang diperkemaskan berwarna kelabu.
Tiga butang yang terdapat pada stereng digunakan untuk membunyikan hon serta mengawal kereta sama ada bergerak ke depan mahu pun belakang.


Kereta menggunakan lima bateri ini dikatakan lasak tak padan dengan saiznya dan mampu digunakan untuk perjalanan sehingga 60 kilometer tanpa masalah.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang di China kereta ini hanya dibenarkan untuk dipandu pada kelajuan rendah sebagai kereta mainan.

Ini kerana kereta ‘Lamborghini’ ini tidak mempunyai sokongan parameter selain tidak menjalani pemeriksaan keselamatan mengikut prosedur ditetapkan bagi kereta komersial lain.

Sesiapa yang terbang melintasi Wilayah Utara, Australia mungkin dapat melihat binaan menyerupai seekor buaya yang berkeliaran di kawasan berkenaan.
Namun, ia sebenarnya sebuah hotel unik yang dibina membentuk reptilia yang di- geruni itu, terletak di tengah Taman Warisan Dunia.
Gagudju Crocodile Holiday Inn, hotel milik warga tempatan di Taman Negara Kakadu, berada kira-kira dua jam perjalanan dari Darwin.

Kakadu adalah taman negara terbesar di Australia meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi -sama dengan saiz Republik Slovenia - dan menawarkan semua pengalaman menarik di negara ‘Crocodile Dundee’ itu.

Reka bentuk hotel yang unik itu melambangkan ‘penduduk’ terkenal di Kakadu, buaya air masin.
Terletak di bandar Jabiru, hotel itu menjadi pilihan pelancong yang ingin meneroka kawasan utara Kakadu.

Taman negara itu menjadi habitat kepada lebih 10,000 buaya, bersamaan dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi reptilia itu di Wilayah Utara.

Lebih separuh kawasan di Kakadu yang diisytiharkan sebagai taman negara dalam tiga peringkat antara 1979 hingga 1991 adalah tanah masyarakat orang asli Australia.

Pemilik warga tempatan menguruskan perjalanan taman berkenaan bersama Parks Australia.

Menakjubkan !! Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya | Pereka Perancis, Quentin Vaulot dan Goliath Dyèvre ingin mengedarkan vitamin D dalam bentuk pil cahaya seperti matahari bersinar. Kurangnya sinaran matahari pada musim sejuk boleh menyebabkan kemurungan, gangguan kulit, masalah kesihatan, dan kemurungan. 

Pil vitamin D yang boleh mengeluarkan cahaya akan mengembalikan kecergasan hidup anda. Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya dibuat oleh Vaulot & Dyèvre untuk Lyon Festival of Lights.

Inilah pil hasil dari ciptaan mereka. Menarik tak? Kemungkinan rekabentuk pil yang ada cahaya membantu sesiapa sahaja yang takut pada ubat dan semestinya fungsi pil bercahaya ini ada fungsi yang tersendiri bagi mencerdaskan hari-hari seharian.








PADA masa kini, tiada apa yang menghairankan tatkala melihat ramai pengguna lama sosial memuatkan gambar ‘selfie’ mereka.
Jika anda fikir ‘selfie’ hanya wujud selari dengan kemunculan Facebook dan Instagram, anda sebenarnya silap!

Gambar ‘selfie’ terawal telah dirakamkan pada tahun 1909 oleh sekumpulan jurufoto di Manhattan yang bernaung di bawah syarikat The Bryon Company.
Pemilik syarikat, Joe Bryon bersama rakan-rakannya telah merakamkan gambar mereka di atas bumbung bangunan 5th Avenue, New York.
Koleksi gambar tersebut kini dipamerkan di Muzium New York untuk tatapan ramai.

Bagaimanapun, sumber tertentu menyebut ‘selfie’ yang pertama di dunia diambil oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius pada tahun 1839.




Kalau di Malaysia, ramai yang menjadi mangsa sindiket keldai dadah, di Columbia. Mereka tidak perlukan semua itu. Bukan calang-calang teknologi yang mereka gunakan untuk menyeludup dadah, kini dengan menggunakan kapal selam buatan sendiri pula.

Baru-baru ini pihak polis di Colombia berjaya merampas sebuah kapal selam buatan sendiri yang dipercayai milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC). Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.

Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.


Dan sebelum ini, pihak berkuasa di sana juga pernah merampas beberapa jenis kapal selam lain yang digunakan oleh penyeludup dadah di sana, antaranya seperti di bawah:








Nampaknya memang hebat betul bisnes dadah di sana sehinggakan mereka mampu membangunkan teknologi sendiri untuk menyeludup dadah. 

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menghalang mereka, namun nampaknya seperti tiada sesiapa yang dapat menghentikan mereka


Hasil Menabung Syiling Untuk Beberapa Tahun.

Selepas menabung beberapa tahun, orang ini berjaya mengumpul syiling seberat 170 pounds lebih dan kini dia akan membawanya untuk menukarnya ke duit tunai. Nilainya ada di bawah ini . Kadang-kadang duit syiling yang kita simpan itu secara tidak lansung memupuk budaya menabung untuk individu, anak mahupun keluarga..










Dikenali sebagai 'Hobo Nickles', ianya merupakan seni ukiran yang halus dimana ia diukir pada duit syiling. Oleh sebab material duit syiling yang lembut dan tebal, kerja seni ini mudah dihasilkan. Tapi agak-agaknya, syiling ini bernilai tak? atau dibuat hanya untuk simpanan barang perhiasan.. hihihi









Ini adalah baju dalam wanita yang canggih untuk wanita. Bra 'true love tester' adalah pakaian dalam pertama di dunia hasil direka cipta yang bertujuan untuk wanita. Ravijour, syarikat yang menghasilkan produk aneh ini, mengatakan bahawa bra revolusioner ini tahu bagaimana apa yang dirasakan oleh perempuan.

                  

Bra tidak akan dapat terbuka tanpa "cinta sejati" dan akan terbuka dengan sendirinya setelah mencari seseorang yang istimewa. Bra ini mempunyai built-in sensor yang mengukur denyut jantung pemakainya. 

Data yang dikumpul oleh sensor dihantar ke aplikasi khusus di telefon bimbit. Aplikasi kemudian menganalisis denyut jantung pemakainya. Jika denyut jantung si pemakai mencapai batas yang telah ditentukan, bra akan terbuka dengan sendirinya.









Pulau ini terletak 4 batu dari the Isles of Scilly di Cornwall. Tinggi pulau ini termasuk dengan rumah apinya adalah 46 meter dan lebarnya hanya 16 meter. Pulau ini telah tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai terkecil di dunia. Menurut sejarah, rumah api ini telah dicipta pada tahun 1707 selepas satu insiden kapal karam pada masa itu sebagai langkah keselamatan. 








McDonalds di Malaysia dah jadi macam restoran mamak. Weekend ada aja hamba Allah yang melepak tengok bola. Harga makanan juga kompetetif jika dibandingkan dengan mamak. One thing yang tak ada di McD Malaysiaialah McD bertema seperti yang ada di Roswell New Mexico. McDonalds ini berbentuk seperti sebuah piring terbang. Ini sangat bertepatan dengan imej Roswell sebagai ibu segala insiden UFO dunia. Cool place!