BUENOS AIRES - Seorang lelaki yang menghabiskan masa selama 10 tahun dengan tinggal bersama mumia ibunya, akhirnya ditemui mati berhampiran mumia berkenaan.
Claudio Alferi, 58, ditemui terbaring di atas kerusi bersebelahan mumia wanita yang dikeringkan dan dibalut dengan plastik.
Kematiannya disedari selepas jiran-jiran menghidu bau busuk sejak pertengahan bulan Disember lalu menyebabkan mereka menghubungi polis.
Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu untuk masuk ke rumah berkenaan dan menemui dua mayat.
Mumia wanita itu dikenal pasti sebagai ibu Alferi, Margarita Aimer de Alferi.
Menurut jiran, kali terakhir mereka melihat Margarita adalah sedekad lalu ketika dia berusia 90 tahun namun anaknya memberitahu bahawa ibunya masih hidup dan sihat.
“Apabila ditanya mengenai ibunya, dia hanya menjawab bahawa wanita itu sihat,” kata jiran.
Pihak forensik percaya Margarita meninggal dunia sekitar lapan hingga 10 tahun lalu manakala Alferi pula sudah meninggal dunia selama 30 hari.
“Rangka wanita itu dibalut dengan beg plastik, malam seliparnya juga masih tersarung di kaki wanita terbabit.
“Dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh anaknya,’’ kata polis.
No comments
Post a Comment