Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Guru Risau Atap Sekolah Bocor, Bangunan SK Simunul Semporna Terlalu Daif
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Benarkah masih ada sekolah yang sedaif ini di Malaysia?
Menerusi status yang dimuatnaik seorang guru yang mengajar di SK Kg Simunul, Semporna, Sabah di laman Facebook ada bangunan sekolah tersebut amat uzur dengan atap sudah berlubang sana sini dan mengalami keretakan dinding.
 Walaupun banyak aduan sudah dibuat kepada pelbagai pihak cuma atap kantin dan Blok C sahaja didakwa digantikan tahun lepas, manakala bangunan lain yang sudah retak sampai terpaksa gunakan penahan masih belum dibaiki.
Akibatnya kelas di bangunan itu dikosongkan kerana banjir bila musim hujan dan murid-murid terpaksa menumpang di dewan, surau dan bengkel untuk terus mengikuti pembelajaran. Sudah tentu, ini mengurangkan keselesaan buat murid mahu pun guru.
Guru-guru dikatakan terpaksa menelan perasaan risau dan buat-buat berani depan murid sedangkan dalam hati, takut jika bangunan sekolah runtuh.
Jika perkara ini benar, maka sesuatu harus dilakukan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa.
YB kawasan berkenaan tu, diharapkan bukan sahaja turun padang bagi meninjau permasalah rakyat di kawasan anda tetapi usahakan juga supaya ia diselesaikan segera

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments