Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Cristina Suzanne Terkejut Dibenci Artis Lelaki
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Menerusi artikel dalam ruangan gosip baru-baru ini, pelakon kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stokstill dikatakan dibenci oleh seorang rakan artis lelaki yang namanya bermula dengan pangkal huruf M.
Menurut laporan itu lagi, artis M itu dikatakan tidak menyenangi kehadiran semula Cris dalam bidang seni lakonan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Cris nyata terkejut dan pelik dengan berita tersebut kerana setahunya dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
“Sehingga laporan itu keluar saya sendiri tidak pernah mengetahui ada seorang pelakon lelaki yang tidak senang dengan saya malah saya juga tidak kenal dengan mana-mana pelakon yang namanya bermula dengan huruf M.
“Saya terkejut dan pada masa sama berasa pelik kerana saya tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa,” katanya memetik laporan mStar.
Tambah aktres berusia 29 tahun ini lagi, sepanjang melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia tidak pernah mengganggu periuk nasi dan rezeki mana-mana artis apatah lagi memusuhi mereka.
Hai, artis manalah tu yang busuk hati sangat dengan Cris, ke Cris menolak cinta dia tu yang dia benggang sangat dengan Cris?
Macam-macam hal..

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments