KISAH runtuhan Highland Tower barangkali adalah kisah baharu bagi golongan muda yang lahir sekitar awal 1990-an.
Namun, bagi mereka yang pernah mengikuti perkembangan kes runtuhan yang
berlaku pada 11 Disember 1993 sehingga mengorbankan 43 nyawa, pasti
tahu banyak kisah yang terdengar selepas kejadian yang meninggalkan
sejarah buat negara itu.
Kini, lokasi runtuhan sering dijadikan subjek buat pemburu entiti
paranormal, begitu juga dengan penggiat seni yang mahu mencari kelainan
dalam fi lem terbitan mereka.
Oleh kerana itu barangkali ada penonton yang sudah boleh mengagak tahap keseraman yang akan dialami sebaik menonton filem itu.
Namun, berbeza dengan karya terbaru dari Pierre Andre ini, filem yang
menggunakan judul sama dengan nama kondominium itu memberi satu momentum
baharu buat penggemar filem seram kerana ia bukanlah filem hantu
tipikal yang biasa kita lihat dalam filem seram.
Apatah lagi filem ini melalui penggambaran dalam konsep found footage
(sebahagian rakaman filem yang dijumpai atau dalam bentuk rakaman video)
membuatkan jalan cerita terasa lebih real meskipun melalui proses
suntingan seperti filem biasa.
Meskipun masih menerapkan unsur jeritan dan larian, namun segala tindak
tanduk itu kena dengan situasi dan lebih penting ke semua peranan iaitu
Mikael Andre, Nizam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaimi dan
Adibah Yunus; yang membawa nama sama dalam
filem ini tidak nampak terlalu 'terbuat-buat'.
Secara ringkasnya filem ini mengisahkan Mika (Mikael) dan Nizam
mempunyai idea untuk membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram,
di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama
Highland Tower.
Dengan bantuan pihak produksi daripada MiG, Mika dan Nizam berjaya
mendapat dana daripada pihak produksi tersebut kerana mereka berminat
dengan idea yang dibentangkan oleh mereka dan turut menambah krew bagi
membantu melancarkan penggambaran iaitu Shima Anuar, Atikah, Adibah,
Eddy dan Kamal.
Namun, sebaik penggambaran bermula pada waktu tengah malam, pelbagai
peristiwa pelik mula berlaku sehingga Atikah dan Shima di rasuk!
Kekuatan sinematografi
Bagi penulis perkara utama yang menjadi titik penting dalam sesebuah filem seram adalah kisah dan lokasinya.
Bagi penulis perkara utama yang menjadi titik penting dalam sesebuah filem seram adalah kisah dan lokasinya.
Tanpa melibatkan makhluk dengan rupa yang menakutkan, filem yang
berbentuk seakan dokumentari ini telah memberikan satu perasaan aneh
pada penonton hanya dengan melihat sinematografi atau lokasi Highland
Tower itu sendiri.
Dengan suasana sunyi, bangunan usang dan semak samun, ia sudah cukup memberi satu debaran yang tersendiri buat penonton.
Apatah lagi, Pierre bijak memancing perhatian penonton dengan
meletakkan sedikit babak seram pada permulaan jalan cerita sebelum
membawa penonton 'menjelajahi' Highland Tower.
Lakonan mantap!
Meskipun mempertaruhkan muka-muka baru dalam filem ini, bagi penulis
lakonan mereka tidak wajar dipandang enteng terutamanya Eddy, Mikael dan
Nizam.
Malahan kali ini, Eddy dan Mikael dilihat lebih berjaya mengemudi watak
masing-masing dan Eddy kerap menimbulkan rasa lucu kerana sikapnya yang
begitu takut sehingga beberapa kali mengajak rakannya untuk pulang.
Justeru, bagi pembaca yang masih belum menonton Highland Tower, penulis
sarankan untuk menonton filem ini kerana ia lain dari lain dan anda
akan saksikan sendiri keseramannya.
No comments
Post a Comment