Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hanez Suraya dikecam peminat Awi Rafael
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

JIKA sebelum ini pelakon Hanez Suraya tidak kisah berkongsi cerita perihal kekasih ketika masih bercinta dengan penyanyi Awi Rafael. Bagaimanapun, setelah putus dengan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu, Hanez, 28, kini lebih selesa mengunci mulut apabila disoal tentang kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Biarpun mengambil tindakan sedemikian, kisah cintanya tetap dicungkil orang. Beberapa bulan lalu, beberapa keping foto intim Hanez dengan seorang lelaki dimuat naik di sebuah blog.

Akibat daripada penyebaran gambar tersebut, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Love You, Mr. Arrogant di TV3 itu dikecam umum terutamanya peminat Awi Rafael.
Pelbagai kata negatif dihamburkan kepada Hanez.

Lantaran itu, Hanez berasa sedih dan terkilan. Malah, dia enggan langsung berkongsi waima sedikitpun tentang seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

Kosmo!: Khabarnya anda kini sudah mempunyai kekasih baharu? Siapakah lelaki tersebut?
HANEZ: Kalau boleh, saya enggan lagi berkongsi mengenai perihal kekasih kepada umum. Bila sudah disahkan akan berkahwin baru saya beritahu. 

Kenapakah anda mengambil tindakan untuk berdiam diri dalam percintaan kali ini?
Saya takut kalau tidak jadi. Saya takut dihentam lagi

Apakah yang dimaksudkan Hanez itu (takut dihentam lagi)?

Ketika tersebar gambar saya dengan seorang lelaki dalam keadaan intim di sebuah pantai itu, ramai yang kecam terutama peminat Awi Rafael. Mereka cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.

Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Memang dia cuba untuk mengenali saya dengan lebih rapat tetapi saya cuma anggap dia kawan sahaja. Kalau boleh saya mahukan lelaki yang faham kerja saya. Tetapi dia bukan seperti itu. Walaupun hubungan kami masih belum sah sebagai kekasih tetapi dia berani ambil tindakan memuat naik gambar dia bersama saya di Instagramnya. Akibatnya, blogger yang tidak bertauliah telah menyebarkan gambar tersebut. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael.


Apakah perasaan Hanez apabila dikecam teruk oleh peminat Awi Rafael?

Saya sedih sebab mereka tidak faham. Masa saya dan Awi bersama, peminat-peminat Awi menjadi peminat saya. Kami sentiasa berkumpul buat majlis bersama. Tetapi bila putus, kami bawa haluan masing-masing malah, bila saya dikaitkan dengan lelaki mereka menuduh saya tinggalkan Awi disebabkan lelaki tersebut. 

Kalau ada kekasih memang saya akan menyayangi kekasih saya itu. Sebabnya, saya mengharapkan hubungan kami ke jenjang pelamin. Disebabkan itu, bila hubungan saya bersama Awi tidak menjadi, saya berasa sangat kecewa.
Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?

Sekarang saya tengah mengacarakan sebuah program sukan di RTM bertajuk Cool. Program tersebut memaparkan sukan-sukan yang lasak dan juga sukan yang mungkin semakin dilupakan seperti permainan skateboard.

Adakah anda seorang yang lasak?

Saya akui bukan seorang yang lasak tetapi ada beberapa sukan yang saya cuba ketika melakukan penggambaran program Cool seperti menyelam.

Bagaimanakah penerimaan peminat menerusi watak antagonis yang dilakonkan anda dalam drama hangat yang sedang ditayangkan di TV3 iaitu Love You, Mr. Arrogant?

Ramai yang membenci sangat watak Sherry itu. Sehinggakan, saya ada terima tweet daripada orang yang mahu baling kasut ke arah saya kerana kesan daripada watak dalam drama tersebut.

Kosmo

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments