NEW YORK: Kira-kira 450 pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatan pesanan telefon bimbit itu untuk beberapa jam, tiga hari selepas Facebook mengumumkan ia menawarkan AS$19 bilion untuk membelinya.
“Maaf, kami menghadapi masalah pelayan. Kami harap dapat kembali tidak lama lagi," menurut WhatsApp dalam mesej di Twitter pagi tadi.
Sebilangan pengguna WhatsApp tidak boleh menggunakan aplikasi itu manakala sebilangan lagi mendapati mesej mereka tidak dihantar.
WhatsApp tidak menyatakan selama mana gangguan itu akan berterusan tetapi kira-kira dua setengah jam kemudian ia menyatakan di Twitter: “Perkhidmatan WhatsApp sudah dipulihkan. Kami memohon maaf atas gangguan itu."
Laman gajet techcrunch.com menyatakan masalah itu mungkin berpunca daripada "peningkatan melampau pendaftaran sehingga menggagalkan pelayan" berikutan publisiti meluas aplikasi itu susulan pengumuman Facebook, Rabu lalu. - AFP
No comments
Post a Comment