Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Remaja Bakar TV Rumah Kerana Ibu Cabut Pokok Ganja Ditanamnya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Terkejut penulis apabila menerima gambar petikan skrin dari laman sosial Facebook berkenaan seorang remaja yang marahkan ibunya kerana mencabut pokok ganja yang ditanamnya.

Biarpun ganja dikenali sebagai dadah yang diharamkan penggunaannya di Malaysia, tetapi remaja itu seperti tidak mengendahkannya sebaliknya bebas berkongsi berkenaan pokok ganja tanamannya itu di Facebook.
“Hari ini ibu saya cabut pokok ganja diam diam, maka saya membakar dua televisyen di rumah saya terang-terang.



“Ibu menangis tengok keadaan saya… Saya kelu,” katanya dalam status berkenaan.
Daripada apa yang dikongsikan, gambar pokok ganja atau Marijuana itu dilihat sudah pun besar dan ditanam di satu lokasi yang kelihatan seperti halaman rumahnya.

Diharapkan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia akan membuka mata dalam isu ini kerana jika benar, jelas remaja ini mempunyai sumber bekalan benih anak pokok ganja dan dari mana dia mendapatkannya akan mencetuskan kebimbangan.

Jelas juga kebimbangn apabila timbul tanda tanya, adakah itu kali pertama remaja itu menanam ganja atau sebelum ini dia pernah melakukan perkara sama.
Dibimbangi juga, tujuan remaja itu menanam pokok ganja adalah dengan bertujuan untuk diproses dan diedarkan kepada penagih yang memerlukannya.



Menanam pokok ganja walaupun sepohon adalah salah mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pesalah boleh dihukum penjara seumur hidup atau disebar tidak kurang daripada enam sebatan.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments