Portsmouth: Seorang penganggur ditahan dan disaman kerana berlagak menjadi hantu di tanah perkuburan.
Ketika satu keluarga memberi penghormatan terhadap anggota
keluarganya di tanah perkhuran Kingston itu baru-baru ini, Anthony
Stallard, 24, yang mabuk, berjalan terhoyang hayang sambil melambaikan
kedua-dua tangannya dan mengeluarkan bunyi ‘woooooh,’ berulang kali.
Pendakwa raya Tim COncannon memberitahu mahkamah, terdahulu Stallard
dilihat bermain bola sepak bersama rakannya di tanah perkuburan itu.
“Sambil bermain bola, Stallard menyanyi dengan kuat dan tidak menghormati pengunjung lain,” kata Concannon.
“Sambil bermain bola, Stallard menyanyi dengan kuat dan tidak menghormati pengunjung lain,” kata Concannon.
Stallard didenda £35 (RM200) selepas mengaku bersalah menggunakan kata-kata mengancam dan bahasa yang kasar atau berkelakuan tidak senonoh untuk mengganggu ketenteraman orang lain.
Dia memberitahu peguamnya yang dia kesal dengan perbuatannya berlagak seperti hantu.
“Dia menerima hakikat bahawa tingkah lakunya di tanah perkuburan itu tidak sesuai. Dia memohon maaf,” kata peguam Denise Saunder. - Agensi
No comments
Post a Comment