Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Isteri Pramugara MH370 Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PUTRAJAYA: Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya di sini Isnin.

Intan Maizura, 34, melahirkan Muhammad Mohd Hazrin kira-kira 4 petang tadi. Suaminya Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.

Dalam tempoh tiga jam sahaja gambar Muhammad yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh Era FM & Era TV menerima lebih 63,000 'Likes'.


Terdahulu, Intan Maizura memuat naik gambar tangannya yang memakai tag hospital dalam Instagram ketika menunggu untuk melahirkan anak keduanya itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil positif.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments