Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tiz Dedah Terima Komen Berbaur Lucah Di Instagram
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ada harga yang perlu dibayar oleh seseorang yang bergelar selebriti.
Antaranya kehidupan peribadi mereka akan habis digeledah selain tidak mempunyai privasi.
Tiz Zaqyah antara salah seorang daripada selebriti yang terkena tempiasnya apabila terdapat sebilangan besar peminat yang tidak menghormatinya kerana dengan selambanya memberikan komen lucah di laman Instagramnya.
Namun, Tiz menyatakan dia tidak mengambil pusing akan komen-komen melampau sebegitu sebaliknya dia akan terus menyekat individu berkenaan dan memadamkan terus komen ‘biadap’ tersebut.
“Kadang-kadang memang saya naik angin juga bila ada pengikut di Instagram memberikan komen-komen yang negatif hingga ke tahap melampau. Apa yang saya buat, saya tidak melayan komen-komen itu. Kalau saya rasa komen tersebut mengganggu saya, saya akan padamkan terus,” katanya memetik portal Rotikaya.
Aktres yang kini tampil segar dengan penampilan rambut berwarna merah bak Hayley Williams ini juga dilihat lebih terbuka berkongsi kisah cintanya di media sosial.
Walau bagaimanapun, Tiz menjelaskan dia tidak merancang untuk mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat ini kerana kedua-duanya sibuk dengan komitmen kerja buat masa ini. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments