RAHIB Julianna Lim dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Seremban tengahari tadi menurut laporan The Malaysian Insider, enam hari selepas beliau dan seorang lagi rahib diserang serta dipukul dengan topi keledar di luar gereja Church Of Visitation di Seremban.
Mendiang yang berusia 68 tahun ketika kejadian bersama Rahib Mary Rose ke gereja berkenaan untuk upacara sembahyang awal pagi sebelum diserang, dipukul dan disamun pada awal pagi 15 Mei lepas.
Sebelum ini Lim dikatakan berada dalam keadaan kritikal manakala Mary-Rose berkeadaan lemah tetapi sedarkan diri.
Pada kejadian itu, beg milik mereka turut disamun yang mengandungi Bible, buku sembahyang, Rosary dan sedikit wang tunai.
Di hospital, beberapa orang paderi mengambil giliran menjaga rakan mereka yang masih menerima rawatan akibat serangan berkenaan.
No comments
Post a Comment