Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lima sekeluarga dikejutkan dengan letupan kuat di depan rumah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


IPOH: Lima sekeluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan letupan kuat di hadapan rumah mereka di Taman Silibin Ria, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, letupan kuat berkenaan mengakibatkan kereta mangsa, Nissan Sylphy rosak pada bahagian depan selain cermin pintu utama dan siling bumbung tempat letak kereta turut pecah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan dalam satu pasu bunga sebelum diletupkan di depan pintu utama rumah mangsa.
Chang Keong berkata, hasil siasatan mendapati bahan letupan yang digunakan adalah sejenis mercun atau bunga api jenis ‘shell’ yang mampu menghasilkan letupan kuat.
Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu.-BH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments