Pekan: Tujuh bulan tidur tanpa menutup mata. Itulah penderitaan yang dialami seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhammad Niyaz Furqan Mohd Fazrul Razduan yang disahkan menghidap penyakit Sindrom Crouzon yang jarang ditemui di negara ini.
Malah, lebih menyayat hati apabila muka dan tengkorak Muhammad Niyaz Furqan membengkak, manakala matanya seakan tersembul.
Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, dari Taman Sri Maulana, di sini, berkata, pada peringkat awal, doktor tidak mengesan sebarang masalah pada bayi yang dikandung isterinya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, sehingga anak sulungnya itu dilahirkan.
“Dugaan yang kami tempuh ini amat berat. Selepas penantian hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, dugaan lain datang apabila dianugerahkan anak istimewa.
“Doktor turut memaklumkan salur pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anak saya terlalu kecil, selain ada air dalam kepalanya,” katanya.
No comments
Post a Comment