Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Apple Bakal Lancar iPad Model Terbaru
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Apple

Apple dijangka bakal mengadakan satu majlis pelancaran untuk iPad mini 2, iPad 5 serta Mac Pro pada 22 Oktober ini. Menurut laporan daripada AllThingD, Apple juga mungkin akan memperkenalkan sistem operasi terbaru untuk pengguna yang dikenali sebagai OS X Mavericks.

Perincian bagi iPad 5 dijangkakan lebih nipis dan ringan, dengan rekaan yang hampir sama dengan iPad mini. Menurut beberapa sumber, tablet ini turut dilengkapi dengan kamera baru selain cip 64-bit A7 yang juga terdapat pada iPhone 5s.

Bagi iPad mini 2 pula, tablet ini dijangkakan mempunyai perincian Retina display yang lebih baik berbanding sebelumnya di mana paparan pada skirn adalah lebih tajam. Tablet ini juga dikhabarkan akan menggunakan cip Apple A7 yang serupa.

Walaupun telah diperkenalkan pada awal tahun 2013, butiran lanjut tentang Mac Pro baru termasuk tarikh pelancaran, spesifikasi dan harga hanya mungkin akan dinyatakan pada 22 Oktober ini.

Apple masih lagi dengan kebiasaannya berteka-teki mengenai tarikh sebenar pelancaran produk mereka sehinggakan ramai peminat setianya tidak dapat menjangkakan bila tarikh sebenar majlis pelancaran tersebut bakal diadakan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments