Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sky News mohon maaf selongkar bagasi mangsa
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Stesen Sky News yang berpangkalan di UK membuat permohonan maaf selepas salah seorang penyiarnya, Colin Brazier ditunjuk menyelongkar bagasi milik seorang mangsa MH17.


"Kami tidak sepatutnya berbuat demikian," lapor Daily Mirror yang memetik Brazier sebagai berkata kerana beliau dilihat menyelongkar beberapa barangan dalam sebuah beg pakaian di lokasi nahas sebelum menyedari kesilapan itu.

Tindakannya itu dilaporkan mengundang banyak kritikan di media sosial, kata tabloid yang berpangkalan di UK itu.

"Hari ini ketika melaporkan dari tapak nahas udara MH17, Colin Brazier menunjukkan kepada penonton kandungan sebuah beg mangsa.

"Colin kemudian menyedari yang ia tidak sepatutnya dilakukan dan berkata demikian dalam laporannya itu. Colin dan Sky News memohon maaf berulang kali jika melakukan sebarang kesalahan," lapor Mirror Daily yang memetik seorang jurucakap Sky News sebagai berkata.

Latar belakang

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dengan 298 orang di dalamnya terhempas di timur Ukraine pada kira-kira jam 10.15 malam pada 17 Julai (waktu Malaysia), berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijadual tiba pada jam 6 pagi hari berikutnya.

Perang sedang berlaku di kawasan itu antara kerajaan Ukraine yang disokong Barat dengan kumpulan pemisah Ukraine disokong oleh Rusia. Ia dikatakan krisis yang paling teruk antara Barat dan bekas republik Soviet sejak Perang Dingin.

Ukraine dan Amerika Syarikat mengatakan mereka yakin pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara dari wilayah yang dikuasai oleh pemberontak Ukraine.

Presiden Rusia Vladimir Putin telah menyalahkan tragedi itu ke atas kerajaan Ukraine untuk memanjangkan perang menentang puak pemisah, tetapi tidak secara langsung menangani pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments