Kisah ini berlaku di Jepun, sebuah negara yang memang sangat ke depan dalam bidang teknologi.
Seorang wanita dapat tau teman lelakinya bermain kayu tiga di belakang. Bengang dengan sikap teman lelakinya, dia mengambil keputusan untuk balas dendam dengan cara paling epik.
Eh, bukan potong anu, tapi wanita ini merendam semua koleksi gajet jenama Apple kepunyaan bekas temannya itu di dalam jakuzi yang terdiri dari Macbook, iPad dan iPhone. Kemudian ambil gambar dan hantar kepada satu-satunya gajet Apple yang dibawa bersama lelaki itu.
Gambar yang sama juga dimuat naik ke Twitter dan menjadi viral. Paling best tindakan wanita ini mendapat sokongan padu dengan kata-kata semangat ; “the best revenge” dan “You Go Girl!”
Tapi reaksi sebaliknya pula diterima dari peminat tegar Apple. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini.
Kalau dah geram macam ni lah jadinya.Pesanan mesra kami – setialah pada yang satu dan janganlah ikutkan hati.
No comments
Post a Comment