Gara-gara tekanan hidup selepas bercerai, seorang ibu menembak mati dua anaknya sebelum menembak diri sendiri di West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.
Jennifer Berman, 48, membunuh anak lelakinya, Alexander, 16, dan anak perempuan, Jacqueline, 15, Isnin lalu selepas mengirim emel kepada bekas suami bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk keluarga.
Sebelum kejadian Jennifer dilaporkan berada dalam keadaan tertekan kerana menghadapi masalah kewangan kritikal selepas penceraian, bulan lepas hingga terpaksa berpindah dari rumah mewah yang didiami bersama anak-anaknya.
Malah dia dilaporkan, menjual jam pemberian bapanya untuk membeli gas dan barang runcit.
Dalam dokumen mahkamah memohon bekas suaminya memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak, Jennifer menyatakan dia bekerja lebih masa selama 12 jam sehari sebagai juru rawat untuk menyara anak-anak.
Bekas suami Jennifer yang merupakan pemilik syarikat hartanah berjaya, Richard Berman, 51, segera berkejar ke ke rumah selepas menerima emel Jennifer namun mendapati kedua-dua anak dan bekas isterinya sudah tidak lagi bernyawa.
Alexander dan Jacqueline merupakan penuntut jurusan muzik di Dreyfoos School of The Arts.
No comments
Post a Comment