Nama
Ery Zukhairi mungkin ramai yang sudah lupa atau tidak tahu, maklum la
sebelum ini beliau sibuk dengan peragaan. Terbaru ini, kitorang ada
dapat perkembangan terkini pasal beliau di mana Ery Zukhairi beliau memegang watak Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza Muhammad dalam drama Cinta Padang Kedua.
Menurut Ery Zukhairi, beliau terpaksa membawa dua karakter
yang berbeza untuk drama ini iaitu semasa muda dan untuk watak seorang
lelaki yang berumur 40 tahun. Jika kaji secara mendalam watak beliau,
dia seorang yang nampak baik pada luaran tetapi dalam pada masa yang
sama, terpendam kejahatan dalam dirinya. Drama ini menceritakan dendam
kesumat watak ini di mana beliau sepatutnya berkahwin dengan watak
Dalilah lakonan Maria Farida tapi beliau ditinggalkan semasa majlis
nikah.
ERY ZUKHAIRI
SEBAGAI PROF. IR. DR. AHMAD REDZA MUHAMMAD
Watak Ery Zukhairi sebagai
seorang profesor di sebuah universiti tempatan. Semasa mudanya, beliau telah
dikecewakan oleh Dalilah (Maria Farida). Kerana rasa kecewa yang teramat,
beliau bertekad untuk menjadi 'somebody' dan membalas dendam kepada Dalilah.
Setelah
sekian lama dia menjejaki Dalilah, dia mendapat tahu Dalilah mempunyai seorang
anak gadis yang cantik bernama Ainnur Azleen (Izara Aisyah). Prof. Ahmad Redza
merasakan dengan merosakkan hidup Ainnur, Dalilah akan sengsara dan dendamnya
kepada Dalilah akan terlunas.
Prof.
Ahmad Redza telah berjaya memerangkap Ainnur pada suatu hari dan membuat Ainnur
terpaksa merayu-rayu kepadanya demi mengembalikan maruahnya. Namun apabila
Ainnur mengajak Prof. berkahwin untuk menebus dosa, Prof. menolak. Kerana
kecewa Ainnur menyambung pengajian ke UK.
Prof.
mengajar di universiti di mana Zairul menyambung pengajiannya dalam bidang
kejuruteraan. Zairul menjadi pelajar kesayangan Prof. kerana kecerdikannya lalu
menawarkan pekerjaan sebagai pembantunya di universiti. Zairul pula amat
menghormati Prof. dan menjadikannya sebagai idola.
Selepas
pulang dari UK, Prof. masih tidak dapat melupakan dendamnya kepada Dalilah dan
Ainnur. Dia akhirnya berjaya menjejaki Ainnur dan merayu untuk bersama Ainnur
kembali. Di sinilah terjadi konflik di antara Zairul-Ainnur-Prof. Redza.
Berjayakah Prof. meraih cinta Ainnur kembali dan membalas dendam kepada
Dalilah? Bagaimana pula reaksi Zairul apabila mendapat tahu bahawa dia terpaksa
bersaing dalam merebut hati Ainnur Azleen. Di antara Zairul dan Prof. Redza
yang mana satukah akan Ainnur berikan Cinta Pandang ke-2? Sama-sama kita saksikan drama komedi romantik
yang penuh emosi ini.
SINOPSIS
DRAMA CINTA PANDANG KE 2
Ia
mengisahkan tentang dua orang teman sekolah yang saling berbalah. Zairul,
pelajar yang bermasalah di sekolah elit telahpun ditukarkan sekolah oleh
ayahnya. Pada hari pertama persekolahannya di sekolah baru, dia telah menegur
seorang pelajar yang 'montel' bernama Ainnur. Bermula daripada situ, mereka
saling berbalas dendam. Kata-kata Zairul yang tidak sudah-sudah mengutuk
keadaan fizikal Ainnur yang XXL hingga
menyebabkan Ainnur berdendam dan berazam suatu hari dia akan kembali untuk
'membalas' semua tohmahan Zairul.
Ditakdirkan
setelah beberapa tahun berlalu, Ainnur telah menjadi gadis yang kurus dan
sangat cantik. Pertama kali bertemu, Zairul telah jatuh cinta dan tidak
menyangka, gadis cantik itu adalah si comel yang mahu membalas dendam
kepadanya. Sementelah Ainnur adalah ketua sedangkan Zairul hanyalah mat
despatch di pejabat ibu Ainnur.
TENAGA
PRODUKSI
Drama
ini dibarisi para pelakon hebat seperti Izara Aishah sebagai Ainnur Azleen, Dazrin Kamarudin sebagai Zairul
Hasmat, Ery Zukhairi sebagai Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza
Muhammad, Maria Farida sebagai Dalilah& Rezuan Hashim sebagai Tan Sri
Zainuddin. Skrip drama ditulis oleh Maizura Mohd Ederis, Zuli Ismail, Laila
Kamilia dan Eenaz Mohkhtar dan diarahkan oleh pengarah berbakat besar M Nazir
Juhan.
JELAJAH
PROMOSI NOVEL DAN DRAMA CINTA PANDANG KE-2
JelajaH
promosi kali kedua ini dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf (Alaf21) yang akan
membawakan penulis novel Laila Kamilia bersama dengan pelakon utama Dazrin
Kamarudin dan Ery Zukhairi yang diadakan pada 9 Februari 2014 jam 10 pagi
hingga 12 tengaharibersempena Karnival Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf,
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Untuk
mengikuti perkembangan terkini tentang drama dan novel ini, boleh layari facebook.com/cintapandangke2,
facebook.com/alaf21
atau di facebook.com/lailakamili - Zafrul Asri
No comments
Post a Comment