Ohio – Seorang lelaki menjadikan seekor
anak itik sebagai `anak angkat’ dan menggunakan jambangnya untuk
memastikan binatang tersebut sentiasa panas.
Brian Doss, 33, telah menyelamatkan `Peeps’ selepas anak itik itu ditemui di tepi rumahnya di Athens.
Doss kemudiannya cuba menyelamatkan anak
itik itu namun dia gagal menemui kandang untuk menempatkan binatang
berkenaan yang baru menetas itu.
“Saya cuba mencari tempat untuk
membolehkan itik ini mendapat haba tapi saya gagal mencarinya, Lalu saya
meletakkannya di bawah janggut saya,’’ katanya.
Mnurut Doss, dia menghabiskan masa
selama 24 jam untuk tempoh selama dua minggu dengan menjaganya dan
memastikan ia sentiasa mendapat haba di bawah janggutnya.
Peeps kini tidur di sebelah Doss dan turut berenang di dalam kolam mandi sendiri.
Doss menceritakan pengalamannya itu di dalam blognya dan kini ia menjadi sensasi internet.
No comments
Post a Comment