IPOH – Sebanyak 10 rumah sewa lama berhampiran Masjid Panglima Kinta di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Kebakaran kira-kira jam 8.55 pagi itu dikatakan bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak memusnahkan hampir 100 peratus kediaman berkenaan.
Pegawai Petugas Pusat Gerakan Bomba Ipoh, Faizal Saari, berkata hanya enam daripada 10 rumah sewa itu berpenghuni manakala empat lagi kosong.
Katanya, ketika kebakaran berlaku, kediamaan itu tidak berpenghuni kerana kebanyakan dari mereka keluar bekerja.
Katanya, kebakaran berkenaan tidak membabit sebarang kehilangan nyawa namun kerugian dianggarkan mencecah hampir RM18,000. - BH Online
No comments
Post a Comment