Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Fazura Akui Berkawan Rapat Dengan DJ Popular , Randy siedman
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Agak lama juga dia tidak dikaitkan dengan gosip cinta. Alih-alih baru-baru ini timbul desas desus Nur Fazura dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka Inggeris yang merupakan salah seorang pemuzik dan DJ popular di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Randy Siedman.
Menguatkan lagi spekulasi, apabila aktres itu beberapa kali memuat naik gambar jejaka tersebut di laman Instagramnya sewaktu dia bercuti di LA, bulan lalu. Lebih manis menerusi akaun sosialnya itu, Fazura ada yang menyatakan yang Randy banyak menemaninya sepanjang menikmati percutian selama sebulan di sana. Malah Fazura dan Randy masing-masing ada menulis seperti mereka menyukai dan mengagumi antara satu sama lain.

Antara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram FazuraAntara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram Fazura
“Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.
“Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.
“Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana”, kata Nur Fazura tatkala ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan lelaki berkenaan.
Nur Fazura ditemui pada majlis previu filem ‘Kami Histeria’, bertempat di e@Curve, malam tadi.
Ditanya apa yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Randy, Fazura berkata kebijaksanaan dan sikap Randy yang sangat menghormati wanita membuatkan dia tertarik sekaligus senang menjalinkan hubungan sebagai sahabat dengan lelaki tersebut. Malah akui Fazura, Randy banyak memberi inspirasi kepada dirinya.
“Dia seorang yang bijak dan sangat menghormati wanita. Sikapnya yang sentiasa positif secara tak langsung banyak memberi inspirasi kepada saya. Dia seorang yang unik. Bila bersama dengan dia, saya sentiasa nak jadi individu yang lebih baik”, ujarnya.
Bangga Dengan Yuna
Selama sebulan di sana, banyak pengalaman menyeronokkan yang dilalui Fazura setiap hari. Antara momen berharga apabila dia dapat bertemu dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.
Malah sewaktu Yuna diundang sebagai tetamu sebuah rancangan bual bicara popular Amerika, Jimmy Kimmel, Fazura juga berpeluang hadir sama ke program tersebut dan menyaksikan Yuna membuat persembahan.
“Saya seronok sepanjang berada di sana. Rasa tak nak balik, pun ya. Tapi nak buat macam mana kan… kerjaya dan famili saya di sini. Apa yang menarik, persekitaran di sana sangat berbeza. Orang-orangnya sangat berfikiran positif dan releks. Saya suka suasananya yang sangat ceria, tak ada politik, tak ada ‘drama. Saya sempat ke San Diego, San Fransisco dan saya sambut tahun baru di Vegas.
“Selain tu saya sempat jumpa Yuna. Ceritanya, hari kedua saya di sana, Yuna mesej saya dan ajak berjumpa. Kemudian bila berjumpa, kami berborak sakan selama 3 jam. Dia ajak saya ke rancangan Jimmy Kimmel.
“Saya sangat bangga dengan Yuna. Sewaktu di program tersebit saya satu-satunya penonton Melayu dan saya bangga bila ramai memuji bakat Yuna”, kongsinya lagi dengan nada teruja.
Sementara itu mengenai perkembangan karier, Fazura bakal muncul dengan filem terbaru, Kami Histeria yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 6 Februari ini. Dia memengang watak sebagai hantu langsuir dalam filem arahan Syamil Othman itu.
Filem komedi seram itu juga turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Diana Danielle, Nad Zainal, Sarah Ali, Mila Jirin dan Umi Omar.
Selain itu Fazura juga sedang menantikan tayangan filem lakonannya, Manisnya Cinta di Cappadocia yang dijangka akan menemui peminat di pawagam dalam tahun ini. –Malaysian Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments