Seremban: Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas bertindak
bunuh diri dengan terjun daripada tingkat enam di tempat letak kereta di
Terminal One di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
Saksi kejadian hanya dikenali sebagai Sopian, 22, berkata, dia yang
mahu mengambil keretanya di tingkat dua pasar raya itu ternampak wanita
terbabit, Loh Kwee Moi mahu terjun daripada tingkat enam berkenaan.
Katanya, dia yang menjerit meminta wanita itu tidak melakukan perbuatan
itu gagal apabila wanita yang dilihatnya mengandung itu nekad terjun
bersama beg tangannya.
Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
No comments
Post a Comment