Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Anwar dakwa Najib halang Obama temuinya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.
Katanya, beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya tidak menemuinya apabila presiden Amerika itu melawat Malaysia minggu depan untuk bincang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
“Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA,” kata Anwar dipetik Malaysiakini.
TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh sembilan negara – Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand , Peru, Singapura dan Vietnam.
Sambil menegaskan sokongan pembangkang terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika, Anwar berkata: “Kami menyokong perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tetapi kami tidak menyokong TPPA.” .
“Walaupun perjanjian perdagangan bebas adalah penting kerana ia menghapuskan tarif , kuota import dan keutamaan, tetapi terdapat peruntukan tertentu yang bercanggah dengan keperluan dan kepentingan industri tempatan dan masyarakat perniagaan kita .
“Kita mesti melindungi kepentingan ahli-ahli perniagaan tempatan,” kata Anwar sambil menuduh Najib telah bersetuju dengan semua peruntukan di bawah TPPA.
Mengenai lawatan Obama ke Malaysia, Anwar berkata: “Kedutaan AS di Kuala Lumpur menjelaskan kepada saya bahawa Obama tidak akan bertemu dengan pemimpin pembangkang apabila beliau turut melawat Filipina , Korea dan Jepun.
“Tetapi kedutaan mencadangkan saya bertemu Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Susan Rice, yang akan mengiringi presiden dalam lawatan ke Malaysia,” kata Anwar dalam sidang media petang semalam.
Katanya, beliau akan mengesahkan dengan Kedutaan Amerika kemudian dan akan mencadangkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) dan beberapa pemimpin PAS juga dijemput untuk bertemu dengannya.
Sementara itu, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin dunia mahu bertemu dengan beliau kerana simpati beliau akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.
“Mereka telah menyatakan kebimbangan tentang saya akan dipenjarakan, dan apabila saya berada di London baru-baru ini, dalam satu majlis makan malam dengan bekas Naib Presiden AS Al Gore dan pemimpin dunia yang lain, mereka juga mencadangkan agar saya menetap di London dan tidak kembali ke Malaysia kerana saya boleh dipenjaraksn.
“Mereka tahu bahawa Najib akan menggunakan mahkamah untuk memanjarakan saya. Malah beliau telah mengarahkan Peguam Negara untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi menambah hukuman lima tahun penjara ke atas saya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments