Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelancong China Ditemui Mati Lemas Di Pulau Tiga, Sabah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA PENYU 30 April - Kegembiraan pasangan suami isteri warga China yang datang bercuti di Pulau Tiga, dekat sini berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka mati lemas ketika mandi di perairan pulau tersebut semalam.
Mangsa, Situ Zirong, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira pukul 12 tengah hari oleh beberapa pengawal pantai di pulau itu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Mustaffa Maarof Mustafa berkata, mangsa bersama isterinya yang berusia 28 tahun dipercayai berada di tepi pantai tersebut selepas mandi lumpur yang merupakan salah satu aktiviti pelancongan di Pulau Tiga.
Bagaimanapun katanya, ketika berseronok di tepi pantai, tiba-tiba mangsa dan isterinya telah ditarik ombak mengakibatkan mereka dihanyutkan arus deras.

“Isteri mangsa bagaimanapun terselamat kerana berjaya kembali ke tepi pantai tetapi mangsa terus dihanyutkan ke tengah laut dan lemas," katanya yang dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Mustaffa Maarof, isteri mangsa yang panik dengan kejadian itu kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pengawal pantai Taman Sabah sebelum mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ujarnya, mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) namun tidak berjaya lalu dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 tengah hari.

Tambahnya, pihak polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments