Ada-ada sahaja yang dilakukan oleh wanita berasal dari Texas ini ketika mahu pergi ke kampus. Kerana lesen memandunya digantung, gadis bernama Tara Monroe ini melakukan aksi berani dan selamba dengan memandu kenderaan mainan Barbie Jeep untuk menghadiri kuliah di kolejnya.
Memetik laporan San Antonio Express News, lesen memandunya digantung oleh pihak berkuasa kerana dia tidak memberikan kerjasama ketika ditahan. Dia ketika itu baru sahaja pulang dari menonton konsert bersama rakan-rakannya. Bapa kepada gadis ini tidak dapat menahan kemarahan terhadap anak gadisnya lalu mengambil kunci kereta dan menggantikan dengan sebuah basikal sebagai kenderaan untuk digunakannya.
Tara tidak dapat menerima keputusan yang dia perlu pergi ke kampus dengan hanya menaiki basikal. Jadi dia memutuskan untuk mencari kenderaan lain yang boleh digunakan walaupun tidak memiliki lesen memandu.
Gadis berusia 20 tahun ini kemudian membeli sebuah kenderaan mainan Jeep Barbie di sebuah laman web jual beli secara atas talian(online) .
Tanpa rasa malu, Tara memandu kenderaan mainannya itu ke kampus. Beberapa orang yang melihat gelagatnya memandu kenderaan mainan tersebut tidak dapat menahan gelak lalu merakamkan saat lucu ini dan seterusnya memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial.
Tanpa disangka-sangka, Tara mendapat perhatian di media sosial hanya gara-gara dia memandu kenderaan mainan Barbie Jeep ke kampus. Dia amat merasa bangga dan tidak berasa malu dengan kelakuannya ini walaupun menjadi bahan lawak di kalangan rakannya.
No comments
Post a Comment