Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Isteri Terkejut Lihat Suami Tergantung Di Pokok
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


REMBAU – Seorang wanita di sini tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya selepas menemui suaminya mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok getah dekat sebuah kebun di Kampung Mampong, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, K Selvi, 41, menemui mayat suaminya, K Selvam, 42, tergantung menggunakan kain kelambu.
K Selvi, 41, berkata, dia keluar mencari suaminya ke kawasan kebun tidak jauh dari rumahnya selepas suaminya tidak pulang.
Menurutnya, malam sebelum kejadian, suaminya yang pulang dalam keadaan mabuk sekitar jam 9 malam ada bertengkar dengannya untuk meminta duit bagi membeli minuman keras.
“Saya kata tiada duit dan suami menyatakan akan membunuh diri sekiranya saya tidak memberinya duit. Pada mulanya dia mahu minum cuka getah tapi saya sempat halang sebelum suami keluar dari rumah menuju ke ladang getah.
“Kebiasaannya sekiranya suami keluar rumah dia akan pulang awal pagi, namun pada pagi ini dia tidak pulang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.
Selvi berkata, sepanjang 14 tahun dia berkahwin dengan suaminya itu, suaminya sememangnya seorang yang sangat baik sekiranya tidak mengambil minuman keras.
Mayat mendiang Selvam akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi KSNS Chembong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments