Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nota Atas Tisu Buat Pelayan Restoran Menangis
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Seorang pelayan restoran mengalirkan air mata terharu melihat nota atas tisu yang ditinggalkan seorang pelanggan.

Nota itu adalah ucapan terima kasih kerana melayan lelaki tersebut dan isterinya dengan baik setiap kali mereka datang makan di situ setiap tahun.

Lelaki tersebut sebenarnya menjadikan restoran tempat pelayan itu bekerja sebagai lokasi istimewa menyambut ulang tahun perkahwinannya dan isteri namun tahun ini, ia tidak lagi sempurna apabila si isteri sudah meninggal dunia.

Namun suaminya yang kerinduan tetap meneruskan rutin itu dengan mengunjungi restoran terbabit seorang diri.

Menurut pelayan yang berkongsi nota ini di laman reddit.com, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila seorang lelaki masuk ke restoran lalu duduk dengan wajah sedih.

Dia hanya memesan Coke dan termenung seorang diri hingga beredar. Daripada keadaan lelaki itu dapat diketahui dia sedang menanggung derita perasaan.

Hanya selepas lelaki itu pulang dan nota yang ditinggalkannya dibaca,  pelayan itu dapat memahami apa telah terjadi. Menurut pelayan itu rakan sekerjanya yang lain turut menitiskan air mata kesedihan.

Selain nota, lelaki tersebut turut meninggalkan tip berjumlah USD3 (RM9.60).




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comment

Unknown said...

aww :') sad yet sweet at the same time.