Dalam keadaan suasana sedih dan huru hara selepas taufan Haiyan, kelahiran seorang bayi memberi sedikit keceriaan kepada semua orang.
Bayi yang diberi nama Bea Joy Sagales dilahirkan Emily Ortega, 21, semalam (Isnin), di lapangan terbang yang rosak teruk di Tacloban, Filipina.
Kelahiran Bea dianggap satu rahmat buat keluarganya di saat sekurang-kurangnya 10,000 orang dijangka maut akibat bencana alam yang digelar Taufan Yolanda dalam kalangan penduduk tempatan itu.
Malah ibu Bea sendiri, terpaksa berenang dan berpaut pada sesuatu sebelum diselamatkan apabila Tacloban dilanda banjir selepas taufan.
Bea dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan menerima tepukan gemuruh daripada semua orang sebaik sahaja selamat diahirkan.
Bapa Bea dipercayai berada di Manila dan belum tahu tentang kelahirannya.
Taufan Haiyan yang melanda Filipina Jumaat lalu, melintasi enam wilayah negara berkenaan sekaligus menghentam bangunan dan apa sahaja dengan tiupan angin sekuat hampir 300km sejam.
No comments
Post a Comment