HOUSTON – Seorang warga emas di Texas, Amerika Syarikat terpaksa menjalani pembedahan untuk menanam tangannya yang teruk terbakar ke dalam perutnya, bagi memberi masa kepada kulit tangannya untuk sembuh.
Frank Reyes yang berusia 87 tahun itu hampir kehilangan tangan selepas sebuah treler menghempap sebelah tangannya ketika dia sedang menukar tayar kenderaan tersebut, lapor media tempatan.
Dia terpaksa menahan kesakitan selama sejam sebelum bantuan tiba, dan ketika itu dengan suhu yang panas, menyebabkan besi itu membara. Ia hampir menyebabkan tangan Reyes `masak’.
Warga emas itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Methodist Houston. Doktor terpaksa menggunakan kaedah implan itu bagi menyelamatkan tangan Reyes.
Menurut cucunya, Casey Reyes, agak sukar untuk menerangkan kepada datuknya itu mengenai prosedur yang akan dilalui dalam pembedahan berkenaan kerana Reyes mengalami masalah pendengaran.
“Saya terpaksa menerangkan dengan cara mudah bahawa tangannya akan dimasukkan dalam perutnya, sama seperti tudung.
“Ia kelihatan seperti gila tetapi datuk saya memandang saya dan bersetuju,’’ katanya.
No comments
Post a Comment