ETALING JAYA – Pelakon Ammar Alfian
menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di
Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan
mencari pelanggan.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian
Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi
dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa
kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan.
“Saya bukannya tunjuk foto lucah pun
tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di
gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi
dengan sesiapa sahaja.
“Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Ammar diminta mengulas foto-foto dalam
Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh
termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian
sulitnya.
Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak
kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima
pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan
tempatan.
Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini,
sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering
mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.
Sementara itu, Ammar berkata dia kini
nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya
dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini.
“Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman.
“Lebih baik saya melakukan kerja lain
yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan
masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak
kisah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan. - mStar Online
No comments
Post a Comment