Google telah mengumumkan Isnin lalu bahawa Explorers,iaitu pemilik
cermin mata Glass keluaran syarikat enjin pencarian itu, akan mendapat
penambahbaikan perkakasan percuma.
Model terbaru Glass itu akan dilengkapi dengan earbud mono, dan akan didatangkan dalam lensa berwarna dan bingkai berpreskripsi.
Dalam masa yang sama,setiap seorang Explorers akan mendapat tiga
jemputan untuk diedarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli
cermin mata Glass itu secara dalam talian.
Harga pasaran Glass adalah $1500 setiap satu. Penukaran perkakasan
baru itu akan dijalankan bermula daripada 1 November dan pengguna
diberikan tempoh selama 60 hari untuk mendaftar. Tawaran percuma ini
hanya sah untuk pengguna yang telah membeli Glass ini sebelum 28
Oktober.
No comments
Post a Comment