Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Koyak Kerandut Zakar Kekasih Dipenjara 2 Tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyerang bekas kekasihnya pada Mac 2012.
Dalam kejadian itu, Christina Lorena Reber, 46, bertindak mengoyakkan kerandut zakar lelaki berusia 60 tahun itu di kediamannya hanya dengan menggunakan tangannya, memetik laporan Mail Online.
Ia berpunca daripada keputusan mangsa mahu berpisah dengan Christina beberapa hari sebelum itu.
Laporan polis menyebut, wanita itu telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum menumbuk kepala dan menarik kerandut zakarnya.
Christina kemudiannya membenamkan jarinya ke dalam kerandut tersebut sebelum memulasnya sekuat hati sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan melampau.
Dalam pergelutan itu, kedua-duanya terjatuh dan situasi itu akhirnya memberi peluang kepada mangsa untuk melepaskan diri.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan bagi memulihkan semula bahagian zakarnya yang cedera teruk akibat serangan itu.
Sehingga kini, mangsa dilaporkan masih mengalami kesakitan berterusan akibat perbuatan Christina. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments