Rabu lalu, masyarakat Singapura hangat memperkatakan tentang gambar
seorang wanita pendatang asing dari China membuang air besar di tempat
awam secara selamba yang menjadi viral di laman siber.
Rata-rata berasa marah dengan insiden ini dan menyifatkan mereka sudah muak dengan perangai pendatang asing China yang gemar berkelakuan tidak beradab dan mencemarkan keindahan negara mereka.
Rungutan rakyat ini nampaknya diambil serius oleh Kerajaan Singapura
yang segera mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cara penyelesaian.
Hasilnya satu sidang media diadakan semalam bagi mengumumkan hukuman
baru jika membuang air kecil mahu pun besar di tempat awam sekitar
Singapura berkuat kuasa mulai hari ini (15 Ogos 2014) iaitu:
1) Denda $1000 (RM2537) jika ditangkap buang air di khalayak ramai.
2) Penjara 12 bulan atau lebih dan 6 sebatan bagi kesalahan kali kedua.
3) Pesalah akan dihantar menjalani Corrective Training di
mana mereka dikehendaki mencuci tandas awam di tempat paling sibuk di
Singapura selama sebulan. Jika tidak memuaskan, tempoh cuci tandas awam
ini akan dilanjutkan.
4) Orang ramai digalakkan merakam pesalah yang membuang air
di tempat awam dan bakal menerima voucer bernilai $100 sebagai
penghargaan selepas pesalah berjaya diberkas.
Hai, macam-macam kan?
Mujurlah berak merata-rata bukan salah satu masalah yang perlu
diselesaikan Malaysia berkaitan isu pendatang asing di negara ini.
No comments
Post a Comment