Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ramai Sesat dan Menangis Tidak Jumpa Jalan Keluar Dalam Ladang Jagung
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ladang jagung Patch Pumpkins di California, AS, merupakan maze terbesar di dunia dan sering membuat pengunjung tersesat di dalamnya hingga meminta pertolongan 911!

Ciptaan yang menakjubkan ini dibuat oleh dua saudara Matt dan Mark Cooley, yang mereka bentuk ladang tersebut hingga menjadi maze raksasa.

Ladang ini sebenarnya sudah ada sejak tahun 2007. Namun saat itu keduanya belum berjaya membuat Patch Pumpkins menjadi maze terbesar di dunia, dan mereka terus menambah luas ladang jagung tersebut hingga mencapai luas 25 hektar!

Dan berkat kesabaran serta ketekunan keduanya, tahun ini (2014) Patch Pumpkins akhirnya berjaya memecahkan rekod Guinness sebagai maze terbesar yang pernah dibuat manusia. Pada akhir Oktober semasa perayaan Halloween lalu, ladang ini berjaya membuat ratusan orang ketakutan berada di dalamnya.

Bayangkan saja, dengan luas 25 hektar dan bentuknya yang rumit, ramai tidak berjaya keluar disana hingga sehingga menangis kerana panik dan ketakutan. Menurut Matt, ramai yang tidak sedar memerlukan waktu berjam-jam untuk menyelesaikan maze ladang tersebut.

Namun semakin ramai yang tersesat dan mengaku kebingungan mencari jalan keluar, membuktikan maze tersebut sangat berjaya. Ladang ini tidak boleh disebut sebagai maze jika orang dengan mudah memecahkan teka-teki jalan yang ada di dalamnya.

Bagi tahun 2015, Patch Pumpkins akan dibuka kepada umum pada bulan Oktober akan datang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments