Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Gambar Ibu Biar Anak Kencing Di Sinki Food Court Terima Kecaman
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


GAMBAR seorang ibu membiarkan anaknya membuang air kecil di sinki food court sebuah pasar raya kini menerima kecaman hebat daripada netizen.
Menurut info daripada individu yang memuat naik gambar, kejadian dikatakan berlaku di pasaraya AEON di Taiping, Perak.
Tinjauan kami di ruangan komen pada pautan gambar berkenaan menunjukkan hampir kesemua pengguna Facebook mengkritik tindakan wanita berbangsa Cina terbabit yang dilihat amat pengotor dan tidak bertanggungjawab.
“Rasanya toilet dekat je. Apa ke malas nk g toilet? Tak malu betul. Da la kat mall. Malulah sikit,” kata Nuramalina Jamaludin.
“Warga Negara China ni, depa memang banyak orang komplain satu dunia perangai cam ni,” ujar Nagathisen Katahenggam.
“Maaf ni bukan perkauman…tapi mereka ni memang macam ni. Selalunya bangsa ni la yg membuat masalah,” kata Azni Zam.
Bukan niat kami untuk menimbulkan spekulasi yang seakan ‘menunding jari’ kepada bangsa terbabit, tetapi jika anda lihat kebanyakan isu yang berkaitan kesedaran sivik, pasti bangsa ini yang sering dilaporkan.
Tidak kurang juga dengan sesetengah pihak yang melabelkan golongan ini seakan ‘ kurang ajar’ dan tidak menghiraukan hal sensitiviti bangsa lain.
Apa-apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, adalah sebaiknya menegur perbuatan perempuan terbabit dan bukannya memuatnaik gambar berkenaan untuk dijadikan bahan celaan di media sosial. – Mynewshub.cc

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments