Pelajar berusia 17 tahun, Sean Buxton mungkin merupakan peminat Chelsea yang paling bertuah dalam muka bumi ini.
Ini kerana dia berpeluang duduk sebaris dengan pengurus The Blues,
Jose Mourinho ketika menyaksikan perlawanan Chelsea menentang Cardiff
City, Ahad lalu.
Ini kerana Mourinho dilarang duduk di ‘bench’ pemain dan dikehendaki duduk bersama-sama penonton yang lain di Stamford Bridge.
Malah, Buxton sempat mengambil gambar secara curi-curi untuk mengabadikan momen terindahnya sebagai peminat setia The Blues.
Dalam perlawanan itu, Chelsea berjaya membenam Cardiff City 4-1 dan kini menduduki tangga kedua liga di bawah kelab Arsenal.
No comments
Post a Comment